Isu Panas

Jangan Jadi ‘Ketam Dalam Bakul’ – Ku Nan

SHAH ALAM: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan semua ahli Umno supaya tidak bersikap ‘ketam dalam bakul’ yang sanggup berbuat apa sahaja demi melihat parti tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung Umno berkata demikian bagi merujuk kepada pengumuman bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini untuk bersama-sama pembangkang dan rakyat dalam menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, pemimpin-pemimpin dalam Umno dinasihatkan supaya tidak mempunyai sikap buruk yang boleh merosakkan parti.

“Ketam dalam bakul akan berbuat apa sahaja bagi merosakkan hasrat mereka yang mahu ke hadapan.

“Kita seharusnya setia kepada kepimpinan Umno. Kita ada sistem pilihan raya dan Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih secara rasmi menerusi sistem berkenaan.

“Jadi mengapa kita hendak runtuhkan institusi ini? Jangan jadi seperti ‘ketam dalam bakul’ dan janggan musnahkan parti,” kata Tengku Adnan pada majlis perasmian mesyuarat Umno cawangan dan sayap parti di sini, Sabtu malam.

Setiausaha Agung Umno itu berkata, beliau mahu semua ahli parti bersatu-padu bagi memastikan parti terus kukuh.

Tengku Adnan berkata, beliau telah bersemuka dengan Dr Mahathir dan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meminta mereka supaya berhenti mengadakan serangan terhadap Najib.

“Bagaimanapun, mereka angkuh (untuk terima permintaan saya).

“Keadaan tidak akan berlaku seperti hari ini sekiranya tiada yang bersikap angkuh,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");