Panasnya Hari Ini

Jangan Jadikan Agenda Peribadi Sebagai Agenda Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peringatan kepada mana-mana individu mahupun pihak agar tidak menjadikan agenda rakyat sebagai agenda peribadi.

Najib dalam ucapannya ketika melancarkan program Minda di Tebingan Sungai Kuching, hari ini memberikan contoh seorang pemimpin yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun yang menganjurkan program kononnya ‘Deklarasi Mahathir’, sedangkan ianya bukan deklarasi yang dipersetujui oleh rakyat Malaysia sepenuhnya.

Tambahnya, sebahagian rakyat termasuk di Sarawak tidak bersetuju dengan deklarasi tersebut.

“Janganlah buat deklarasi rakyat nak mengaburi mata rakyat, nak jadikan agenda peribadi sebagai agenda rakyat.

“Ia bukan mengenai rakyat, ia mengenai agenda peribadi,”katanya, lapor mStar.

Berikutan itu, beliau meminta agar rakyat berfikir dengan minda yang jelas mengenai fakta kebenaran penuh, separa kebenaran, cerita rekaan semata-mata dan pendapat peribadi.

Najib turut memberikan contoh agenda rakyat yang sebenar adalah seperti tekad kerajaan untuk menjadikan pembangunan di Sarawak sebagai satu kemestian.

Katanya lagi, rakyat juga perlu memiliki minda yang jelas bagi membezakan antara fakta dan ‘auta’.

Katanya lagi, faktanya adalah kerajaan mampu untuk melaksanakan kesemua janji yang diberikan kepada rakyat sebaliknya pembangkang, hanya boleh menjanjikan segalanya, namun tidak dapat ditunaikan.

Tegasnya, mudah untuk kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan kerajaan negeri yang sehaluan atau ‘sepasukan’ dengannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");