Panasnya Hari Ini

Jangan Keruhkan Keadaan – GPMS

KUALA LUMPUR: Semua pihak digesa untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan melakukan tindakan untuk mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar berundur.

Gesaan itu dibuat oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang turut mengharapkan agar pihak-pihak berkenaan tidak bertindak diluar lunas undang-undang.

Presidennya, Zambri Mohd Isa berkata, wujud kebimbangan susulan sidang media yang diadakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang diadakan semalam.

Ujarnya, ia berikutan bimbang wujudnya kekeliruan dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menyebabkan mereka bertindak diluar jangkaan sehingga mampu mendatangkan keburukan kepada negara ini.

“GPMS khuatir dengan tindakan mereka ini rakyat akan berasa gusar dan keliru yang akhirnya dikhuatiri rakyat akan bertindak diluar kawalan yang memungkinkan negara akan ke arah ambang perpecahan dan kemusnahan seperti yang pernah berlaku kepada beberapa buah negara,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Tegasnya lagi, GPMS melihat desakan itu tidak membolehkan seseorang pemimpin ditukar kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan dan undang-undang negara untuk menukar seseorang pemimpin dengan kaedah tersebut.

“Sekali lagi GPMS menyeru kepada semua pihak supaya melihat kembali Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dalam kita mengurus tadbir negara ini,” katanya lagi.

Jelasnya, semua pihak harus bersatu padu dan menumpukan lebih usaha dalam memulihkan negara daripada dibelenggu masalah ekonomi.

Sementara itu, beliau turut berkata bahawa GPMS berpendirian untuk  menyokong kepimpinan Najib bagi terus mentadbir negara.

“Semoga ALLAH SWT merahmati semua rakyat Malaysia dan semoga negara ini terlindung daripada ancaman dan kemusnahan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Tun Mahathir bersama-sama dengan beberapa pemimpin pembangkang dan bekas pemimpin BN, Umno telah menandatangani satu Deklarasi Rakyat untuk menggesa Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");