Panasnya Hari Ini

Jawapan Macam ‘Budak-budak’ – Dr Mujahid

Gambar:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa membidas komen yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyifatkan jawapan itu seperti ‘budak-budak’ bermain politik.

Beliau berkata, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu seharusnya perlu memberikan jawapan terhadap usul ‘Deklarasi Rakyat’ seperti yang telah dipersetujui yang mendesak agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Sepatutnya Khairy menjawab apa yang kita setuju dalam Deklarasi Rakyat, itu isunya, tetapi kenyataan Khairy itu lebih kepada jawapan budak-budak ‘kalau berani lawan masa PRU’, itu kenyataan tidak matang,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Ujarnya lagi, kesediaan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan Tun Mahathir dalam Deklarasi rakyat berkenaan adalah untuk menyelamatkan negara selain untuk memastikan pemimpin nombor satu negara itu berundur.

Tegasnya, pendirian Tun Mahathir hanya memberi fokus terhadap penyingkiran Najib dan melalui ucapan yang disampaikan, tidak menampakkan bahawa beliau berminat untuk menyertai mana-mana parti politik.

“Kami di Pakatan Harapan juga tidak pernah berbincang dalam soalan itu (gabungan politik), kerana kami bersetuju dua benda pertama penyingkiran Najib sebab dia punca kepada isu (1MDB, derma dan sebagainya), kedua kita nak selamatkan Malaysia,” katanya lagi.

Terdahulu, Khairy dilaporkan telah mencabar Tun Mahathir Mohamad, pemberontak UMNO dan parti komponen Pakatan Harapan supaya bergabung melawan UMNO dalam pilihan raya akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");