Perak Hari Ini

Jenayah Indeks Negeri Perak Meningkat

IPOH: Jenayah indeks di negeri Perak meningkat sebanyak 210 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Mac 2016 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, sebanyak 1,538 kes telah dicatatkan berbanding 1,328 kes pada tahun lalu.

“Kes-kes yang menyumbang ialah kes curi motosikal sebanyak 522 kes, lain-lain curi (262 kes) dan juga pecah rumah (254 kes),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-209 PDRM Perak yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, hari ini.

3

Bagaimanapun, beliau berkata, kontinjen Perak telah berjaya mengurangkan jenayah indeks bagi tahun 2015 sebanyak 719 kes.

“Ia telah meletakkan Perak di kedudukan ke-10 dalam ranking Malaysia. Pencapaian ini telah berjaya melepasi kpi yang telah ditetapkan sebanyak lima peratus,” katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata, polis kontinjen Perak juga telah berjaya mencatatkan kadar penyelesaian kes sebanyak 55.6 peratus dan meletakkan Perak di kedudukan kedua terbaik dalam ranking Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Hasnan berkata, sebanyak 3,687 orang telah ditahan dibawah kesalahan penyalahgunaan dadah.

8

Ujarnya, daripada jumlah tersebut seramai 496 ditahan kerana memiliki atau mengedar dadah manakala 3,191 pula terlibat dalam aktiviti penagihan.

“Tangkapan tersebut adalah bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Mac 2016 dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun dan Akta Penagihan Dadah.

“Kegiatan dadah di negeri Perak masih wujud dan kita harap masyarakat dapat bersama-sama untuk membantu kita untuk mengurangkan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah dengan cara memberi maklumat kepada pihak polis,” jelasnya lagi.

Sementara itu, beliau berkata antara kes yang merunsingkan pihak polis adalah kes kemalangan jalan raya khususnya yang melibatkan kematian.

6

Ujarnya, sebanyak 9,242 kes kemalangan telah dicatatkan bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Mac 2016.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 161 kes kemalangan maut dan menyebabkan 190 kematian,” katanya.

Beliau berkata, polis sedang berusaha untuk mengurangkan jumlah berkenaan dan berharap agar orang ramai dapat menjaga keselamatan serta mematuhi peraturan ketika berada dijalan raya.

Terdahulu, pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan anugerah kepada seramai 42 orang daripada pelbagai peringkat termasuklah Pegawai, anggota polis, dan juga orang awam.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");