Sukan Hari Ini

Jose Mourinho Terima Banyak Tawaran

JOSE Mourinho mengakui telah menerima beberapa tawaran menarik dan memilih untuk kembali sebagai jurulatih pada Julai ini.

Terdapat dakwaan bahawa Mourinho akan mengambil alih tugas Louis Van Gaal di Manchester United pada Julai ini.

Bagaimanapun Van Gaal masih mempunyai kontrak selama setahun lagi di Old Trafford.

Mourinho ketika sesi wawancara turut menolak mengenai dakwaan akan ke United sebaliknya mengakui akan kembali sebagai jurulatih.

“Ya… saya cukup bertuah kerana mendapat tawaran yang baik walaupun dipecat oleh Chelsea.

“Saya membuat keputusan untuk menunggu dan bertenang.

“Realitinya ialah saya akan bekerja kembali pada Julai ini. Saya akan berada dalam pasukan baru ketika pramusim depan,” jelasnya.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");