Jenayah

Kancil tinggal terbakar bersama lalang

MARANG – Hasrat penduduk membakar lalang bagi membersihkan kawasan di Binjai Rendah kelmarin, bertukar cemas apabila sebuah kereta jenis Perodua Kancil diletakkan berhampiran lokasi itu turut terbakar.

Insiden itu berlaku sekitar jam 2 petang dan penduduk berhampiran yang menyedari kenderaan tersebut mula terbakar bertindak menghubungi pihak bomba dan penyelamat kerana bimbang keadaan menjadi tidak terkawal.

Berikutan itu, sepasukan tujuh anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zulkifli Md Akhir dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurut Zulkifli, kebakaran dapat dikawal daripada merebak, namun kereta Perodua Kancil yang didakwa penduduk sudah lama terbiar di situ tidak berjaya diselamatkan serta terbakar kira-kira 80 peratus.

“Pemilik kereta Perodua Kancil itu juga gagal dikesan,” katanya.

Zulkifli bersama anggota bertugas meninggalkan lokasi selepas kerja memadam kebakaran selesai dan kawasan berkenaan dipastikan selamat sepenuhnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");