Perak Hari Ini

Kawasan Pencarian MH370 Mungkin Tepat – Hishammuddin

LUMUT: Kajian yang dilakukan terhadap serpihan pesawat yang dijumpai di Mouzambique sekiranya disahkan milik pesawat Malaysia Airlines MH370 dapat menunjukkan bahawa kawasan pencarian pesawat berkenaan adalah tepat, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Namun begitu, beliau berkata, kawasan yang luas memberikan kesukaran untuk melakukan proses pencarian terhadap pesawat yang hilang kira-kira dua tahun lalu itu.

“Serpihan yang kita jumpai di Reunion Island yang telah pun disahkan sebahagian daripada MH370 dan serpihan-serpihan lain sekarang yang sedang dikaji yang dijumpa di Mouzambique,

“Ini sedikit sebanyak kalau disahkan menunjukkan bahawa lautan yang kita buat carian itu tepat iaitu di Selatan Lautan Hindi,” katanya.

6 (3)

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Peletakan Lunas Kapal ‘Littoral Combat Ship’ (LCS) Pertama yang berlangsung di Boustead Naval Shipyard (BNS) dekat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setelah dua tahun kehilangan pesawat berkenaan yang masih menjadi misteri, ia telah memberikan kesan mendalam kepadanya secara peribadi yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai pemangku menteri pengangkutan.

Beliau secara peribadinya meletakkan kedudukan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 berkenaan sebagai satu keutamaan.

“Kalau saya diletakkan di tempat mereka (keluarga) pun saya tertanya-tanya sama ada pencarian yang dilakukan oleh Australia, China dan Malaysia ini akan dapat hasil yang diharapkan,” katanya lagi.

Hishammuddin turut meminta agar semua pihak bersabar dan tabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku.

“My heart is with you… I’m always with the family… Saya berdoa bahawa baki kawasan yang sedang dicari ini akan menghasilkan satu keputusan untuk insiden yang amat tragik ini,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");