Panasnya Hari Ini

KDN Keluarkan 89,771 Lesen Senjata Api

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan sebanyak 89,771 lesen untuk memiliki senjata api sehingga 31 Disember 2015.

Memetik laporan Malaysia Gazette, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, sebanyak 63,145 daripada jumlah itu merupakan senjata jenis shortgun, pistol (12,917); rifle (2,243) dan revolver (1789).

“Manakala jumlah lesen senjata bagi pumpgun ialah 7,731 dan lain lain senjata seperti pistol pelepas, senapang, pelali, stungun, speargun, penembak paku adalah sebanyak 1,946,” kata beliau, lapor Malaysia Gazette.

Jawapan bertulis tersebut susulan daripada Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming (DAP) yang secara bertulis meminta KDN menyatakan secara terperinci jumlah bilangan lesen senjata api yang pernah diluluskan pihak kerajaan mengikut kategori dan apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk mencegah penyeludupan masuk senjata api dari luar negara.

Ujar beliau lagi, pihak polis telah pun mengambil tindakan tegas dibawah undang-undang sedia ada iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 melalui Ops Cantas Khas bagi membanteras penyeludupan senjata api merbahaya.

Selain itu, tambahnya lagi, pasukan keselamatan telah pun mengetatkan kawalan di semua pintu masuk sempadan negara dan juga laluan aluan yang tidak sah di sempadan dengan negara-negara jiran.

“Selain itu kawalan ketat juga dilaksanakan oleh agensi-agensi penguatkuasa di kawasan-kawasan perairan negara dan jaringan kerjasama dalam pertukaran maklumat perisikan telah diadakan dengan negara-negara jiran bagi membanteras aktiviti ini,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");