Membawang Hari Ini

Kejayaan rangsang Monalyssa

Walaupun aktif sejak tahun 2010, kumpulan Monalyssa yang dianggotai Haiqal (penyanyi), Moja (bass, synth), Ball (gitar), Syuk (gitar) dan Ringo (dram) hanya mula mendapat perhatian apabila menjuarai Projek Muzik HotFM anjuran stesen radio HotFM dan Muzik-Muzik tahun lalu.

Kumpulan yang bergerak aktif dalam genre muzik bebas ini mendapat tunjuk ajar Aizat Amdan dalam program itu dan mereka mempertaruhkan single Dua Kaki Berlari yang berjaya melonjakkan nama Monalyssa dalam arus muzik perdana.

Haiqal berkata, kejayaan yang dikecapi merangsang Monalyssa untuk meluaskan lagi nama mereka agar lebih dikenali tahun ini.

“Memandangkan ini tahun keenam ditubuhkan, kami mahu peminat lebih mengenali Monalyssa sebagai kumpulan indie yang menampilkan muzik alternatif yang segar dan baru dalam industri muzik tempatan, selain menyelitkan elemen muzik Nusantara,” katanya.

Monalyssa menjadikan band dari Britain, Coldplay sebagai rujukan selain turut meminati Awolnation serta idola tempatan sendiri seperti Faizal Tahir, Hujan dan Meet Uncle Hussain.

“Kami yakin muzik yang dibawakan Monalyssa mampu membuka mata dan telinga penggemar muzik tempatan serta antarabangsa.

“Kami turut bersyukur kerana Dua Kaki Berlari sudah berjaya menambat hati ramai penggemar muzik tak kira sama ada dalam arus perdana mahupun bagi peminat muzik indie.

“Malah, kami turut menerima maklum balas amat baik daripada pendengar di Britain dan Ireland biarpun lagu ini dalam bahasa Malaysia. Ini sangat membanggakan kami,” katanya.

Haiqal berkata, Monalyssa sebenarnya tidak duduk diam dan kini sudah mempunyai beberapa lagu yang siap dirakam. Bagaimanapun, mereka masih menung­gu masa yang sesuai untuk dilancarkan.

“Kami memikirkan tak perlu terburu-buru kerana rugi jika Dua Kaki Berlari tak dipromosikan sebaiknya. Jadi, kami kini menumpukan perhatian dalam usaha mempromosikan lagu ini terutama menerusi radio, TV, gig dan media sosial,”katanya dan menambah Monalyssa baru saja melancarkan muzik video single berkenaan.

Muzik video berkenaan juga berjaya membuka mata penggiat video tempatan atas usaha mereka yang mengetengahkan penggunaan efek khas dan teknik Imej Janaan Komputer (CGI).

Selain muzik, Monalyssa turut aktif dalam kerja amal antaranya menerusi program VoluME atau Volunteerism, Music and Me.

“Program ini adalah inisiatif Monalyssa sendiri bersama pertubuhan sukarela yang menghimpunkan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta artis dalam menginspirasikan anak muda di peringkat sekolah dan universiti,”katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");