Panasnya Hari Ini

Keluar UMNO, Tun M Buat Keputusan Yang Bijak -Pemuda PAS Kelantan

KUALA LUMPUR:Pemuda Pas Kelantan menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad untuk keluar dari Umno sebagai satu keputusan yang tepat dan pilihan yang bijak.

Menurut Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, Tun Mahathir telah membuat pilihan meninggalkan parti itu di saat-saat Umno berhadapan krisis kepimpinan dan kepercayaan yang sangat hebat.

Bagaimanapun, Ahmad Fadhli menganggap secara hakikatnya, Tun Mahathir sedang menyaksikan kerosakan yang telah dilakukan oleh beliau sendiri sejak dahulu lagi apabila melakukan kesilapan dalam memilih pengganti.

“Cuma pilihan ini tepat sekiranya beliau memilih wadah yang tepat untuk menghentikan segala perbuatan Umno dan Barisan Nasional.

“Saya menyeru, di penghujung usianya ini, buatlah pilihan terbaik untuk kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya memeti sumber Sinar harian.

Tambahnya, pilihan terbaik adalah bekerjasama dan bersama dengan Pas bagi menggantikan Umno dan Barisan Nasional sebagai pemerintah di negara ini.

Sementara itu pada ceramah isu semasa di Kampung Gendang Lima, Labok, Machang, kelatantan kelmarin, Ahmad Fadhli menegaskan Pas tidak berpihak atau menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak biarpun parti itu bersikap berkecuali terhadap perhimpunan anti Najib yang dijadualkan 27 Mac ini.

“Tiada guna sertai himpunan itu kalau yang menggantikannya adalah (Datuk Seri) Zahid Hamidi yang juga orang Umno. Tidak perlu memutarbelitkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan anti Najib.

“Presiden telah memberikan isyarat yang jelas namun sengaja dikelirukan oleh pihak tertentu dalam usaha menggugat kedudukan Pas dan menarik perhatian penyokong Pas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");