Panasnya Hari Ini

Kepincangan PAS Kelantan Mungkin Ada Kebenarannya-Mustapa

KUALA LUMPUR:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menyifatkan dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa bahawa pentadbiran kerajaan Pas Kelantan kini mengalami kepincangan bermungkinan ada kebenarannya.

Ujarnya, Husam ternyata lebih mengetahui masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri itu kerana beliau adalah bekas anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) dan individu penting dalam Pas.

“Orang kata kerajaan ini (Kelantan) yang terbaik tetapi yang pastinya mereka juga ada kelemahan daripada segi dasar-dasar berkaitan alam sekitar, pembalakan, pelaksanaan lebuh raya rakyat, projek Lembah Sireh, perumahan kos rendah dan banyak lagi,” katanya memetik sumber Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas, yang terus mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan Kelantan kini.

Tambahnya lagi menerusi pendedahan tersebut pastinya orang ramai kini mengetahui bahawa kerajaan Kelantan turut mempunyai kelemahannya.

Terdahulu, Bekas Naib Presiden Pas, itu juga dilaporkan berkata secara terbuka dan  mendakwa segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Kelantan sebenarnya berpunca daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor mutakhir ini dilaporkan dilihat sering kali berkongsi pentas dengan pe­mimpin PAN yang merupakan musuh baharu Pas dan menggunakan platform tersebut untuk memburuk-burukkan pucuk pimpinan partinya sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");