Laporan Eksklusif

Kerajaan Tambah Baik Rumah Ibadat Pastikan Keselesaan Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan semua kaum dan agama di negara ini akan dapat menunaikan ibadat dengan selesa di rumah ibadat masing-masing.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak dan turut meluangkan masa melawat beberapa rumah ibadat di Kuching pada Sabtu, berkata kerajaan pusat dan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) akan menyalurkan peruntukan untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan gereja di negeri itu.

“Syukur kepada Allah, dapat bersama penduduk Taman Malihah (di Kuching) menunaikan solat Asar berjemaah di sini semalam, saya lihat, bagi keselesaan beribadat umat Islam di sini, ada keperluan untuk kita bina masjid baru.

“Selain itu, saya turut melawat gereja Anglican Taman Malihah dan di sini juga ada ruang penambahbaikan boleh kita lakukan untuk penduduk beragama Kristian beribadat, kerajaan pusat dan negeri akan memberi peruntukan untuk pembinaan dan penambahbaikan masjid dan gereja di sini,” kata Najib dalam laman Facebooknya pada Ahad.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");