Isu Panas

Kerjasama: Bukti Pas tidak boleh sendirian

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya ‘menceraikan’ Pakatan Rakyat sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh beri kelebihan kepada mereka.

“Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain.

“Kita tunggu dan lihat saja, agenda kita memperkukuhkan Pakatan Harapan. Dia nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa. Kita tak boleh menghalang sesiapa (wujudkan blok politik), ini negara bebas, (kerana) itu hak mereka,” katanya semalam, mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kelmarin yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad pula menyifatkan sikap parti Islam itu bercanggah dengan pendirian asalnya, iaitu mahu bersendirian selepas keluar dari Pakatan Rakyat pada Jun tahun lalu.

“Kita tunggu mereka buat pengumuman (16 Mac), dengan siapa dan sebagainya, tapi itu hak dia nak jadi pakatan ketiga. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif.

“Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas,” kata Khalid.

Bagi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Kalau Pas mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan.

“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");