Panasnya Hari Ini

Kerjasama Dengan Tun Mahathir Demi Kebaikan Negara – Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kerjasama beliau dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi Deklarasi Rakyat untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana demi kebaikan negara.

Berikutan itu, beliau menyelar dakwaan beberapa pihak yang melabelkan beliau sebagai hipokrit kerana sanggup bekerjasama dengan Tun Mahathir dalam gerakan ‘Selamatkan Malaysia’.

Lim turut berkata, beliau sudah terlalu tua untuk menjual prinsipnya setelah berkecimpung di dalam politik tanah air selama 50 tahun.

“Hipokrit? Ada tuduh saya tidak mempunyai prinsip bahawa saya oportunis.

“Selama 50 tahun (terlibat dalam politik), saya tidak pernah tertarik dengan jawatan dan gaji besar. Saya sekarang 75 tahun, tidak banyak lagi masa untuk aktif, jadi tidak ada sebab mengapa saya akan terdorong dan tertarik sekarang,”ujarnya, lapor MalaysiaKini.

Katanya lagi, beliau memegang prinsip untuk menjadikan rakyat di negara ini lebih bersatu, masyarakat yang adil dan menjadikan negara ini dalam keadaan aman dan makmur.

Tegas Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, meskipun beliau bekerjasama dengan Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib, beliau tidak sama sekali akan melupakan segala tindakan yang dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Ujarnya, pada ketika ini, adalah penting untuk tidak dibelenggu oleh peristiwa lalu di dalam usaha untuk menyelamatkan Malaysia.

“Terdapat kesalahan pada masa lalu tetapi kita perlu putuskan apa yang lebih mendesak sekarang dan untuk masa depan atau pun memberi tumpuan kepada masa lalu.

Lim dan Tun Mahathir merupakan seteru politik yang kuat sejak beberapa puluhan tahun lalu.

Kemunculan kedua-dua mereka pada majlis pelancaran gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ Jumaat lalu ternyata mengejutkan ramai pihak.

Malah ada yang menuduh mereka telah mengkhianati perjuangan masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");