Panasnya Hari Ini

Kerjasama Diteruskan Jika Tun M Jujur – PKR

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Hanya komitmen dan kejujuran sahaja diperlukan daripada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersama-sama PKR melaksanakan reformasi secara menyeluruh dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata, pihaknya akan mengumumkan pendirian parti itu selepas berjumpa dengan Tun Mahathir esok.

Pertemuan itu akan membincangkan segala syarat-syarat untuk kedua-dua mereka bekerjasama.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Nurul Izzah berkata, PKR dan Pakatan Harapan akan mengadakan satu sidang media selepas berjumpa dengan bekas ahli UMNO itu.

Ujarnya lagi, apa yang penting untuk menentang Najib dan UMNO adalah bersatu dengan memberikan fokus bagi menjadikan Malaysia lebih baik menerusi reformasi secara menyeluruh.

“Jika kita terperangkap dengan perasaan dendam atau marah atau pengalaman pahit, maka kita tidak dapat memberi tumpuan kepada keperluan utama,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");