Panasnya Hari Ini

Kerjasama Tun M,Kit Siang Tiada Istilah ‘Hipokrit’

KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan tiada istilah hipokrit berhubung kerjasama ‘Deklarasi Rakyat’ antara Penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan amalan demokrasi, sesiapa sahaja boleh bekerjasama dan berbeza pendapat.

“Mana ada hipokrit? Dalam Parlimen kita kerjasama dengan beliau (Kit Siang). Ini negara demokrasi. Kita boleh bekerjasama dengan semua rakyat Malaysia walaupun ada pandangan yang berbeza.

“Secara tidak langsung itu dapat memperkasakan khazanah pemikiran rakyat Malaysia,” katanya memetik sumber Sinar harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan sesetengah pemimpin Umno yang menyifatkan Mahathir bersikap hipokrit kerana bekerjasama dengan Kit Siang bagi menandatangani Deklarasi Rakyat baru-baru ini.

Terdahulu pada Jumaat lalu, seramai 58 pemimpin yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) telah menandatangani satu deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau Deklarasi Rakyat.

Deklarasi itu diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang diadakan bertujuan untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatan yang dipegang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");