Sukan Hari Ini

Kesabaran JDT buahkan tiga mata

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez memuji kesabaran pemainnya ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas kelab India, JSW Bengaluru pada kempen Piala AFC di Bangalore, kelmarin.

Kemenangan hasil sepakan percuma kapten Safiq Rahim pada minit ke-54 memastikan skuad Harimau Selatan kini menerajui Kumpulan H dengan enam mata.

“Saya gembira dan puas hati dengan persembahan pemain kerana kami memiliki kesabaran. Kami mengawal penguasaan bola tetapi pertahanan lawan amat kental.

“Di babak pertama, kami mencipta dua hingga tiga peluang. Kesabaran kami akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma di babak kedua,” kata Gomez.

Penyandang juara Piala AFC itu selepas ini bakal melayan kunjungan Lao Toyota di Larkin pada 16 Mac ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");