Sukan Hari Ini

Kesilapan beri ruang punca tewas

PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen percaya kesilapan terlalu memberikan ruang kepada Borussia Dortmund menyebabkan pasukan itu kalah besar 3-0.

Kekalahan itu menyaksikan Spurs berdepan tugas sukar mencari tiga gol apabila menerima kunjungan Dortmund pada perlawanan kedua Liga Europa.

“Kami bermula dengan baik pada 10 minit pertama perlawanan. Tetapi selepas itu kami seolah-olah membiarkan pemain Dortmund bergerak bebas di kawasan kami.

“Kemudian mereka mendahului kami dengan tiga gol. Kami cuba bangkit, namun terlambat kerana pemain Dortmund bertahan dengan baik,” katanya.

Eriksen bagaimanapun berkata, pasukannya masih belum mahu menyerah dan akan cuba sedaya upaya mencatat jaringan besar di laman sendiri minggu depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");