Panasnya Hari Ini

Ketirisan Rahsia Kerajaan, Azalina Cadang Kaji Semula OSA 1972

KUALA LUMPUR: Berikutan terlalu banyak ketirisan rahsia-rahsia kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dikaji semula.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara tersebut bagaimanapun tertakluk kepada keputusan pihak eksekutif.

“Kebiasaannya, peruntukan dalam suatu undang-undang akan dikaji apabila mencapai suatu tempoh masa tertentu.

“Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara merasakan sudah tiba masanya peruntukan berkenaan hukuman dalam OSA dikaji semula selaras dengan pekembangan semasa penyebaran maklumat dalam dunia tanpa sempadan serta kekerapan berlakunya ketirisan rahsia kerajaan pada masa kini,”katanya, lapor The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian menerusi satu jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan status kajian semula berkaitan akta berkenaan.

Ianya bertujuan bagi memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan dipelihara, serta bila ia akan dibentangkan kepada Parlimen.

“Apa-apa cadangan pindaan kepada OSA adalah tertakluk kepada keputusan dasar yang diputuskan pihak eksekutif,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");