Panasnya Hari Ini

Khairy Keluarkan Kenyataan Bangang – Mahfuz

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengatakan bahawa untuk menukar Perdana Menteri perlu menunggu pilihanraya adalah satu kenyataan ‘bangang’.

“Apa punya bangang buat kenyataan macam orang tak tahu apa. Nak tukar Perdana Menteri bukan perlu tunggu dan melalui pilihan raya.

“Cukup kalau sama ada Perdana Menteri letak jawatan, hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen atau Perdana Menteri mati. Maka berlakulah pertukaran Perdana Menteri,”ujarnya menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya.

Kata Mahfuz lagi, sebagai contoh adalah pertukaran Perdana Menteri sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi selain daripada pertukaran jawatan Menteri Besar Perak pada tahun 2009.

“Menteri Besar Kedah baru sebulan bertukar bukan melalui pilihanraya, tetapi melalui undi tidak percaya ADUN UMNO/BN kepada (Datuk Seri) Mukhriz di luar dewan melalui penyataan di hadapan Jemaah Pemangku Sultan kedah.

“Begitu juga nak ganti Najib dengan orang lain sebagai Perdana Menteri sama ada Najib letak jawatan atau Ahli Parlimen UMNO/BN pakat tandatangan Akuan Bersumpah tarik balik sokongan sebagai tanda undi tidak percaya kepada Najib,”jelasnya.

Selain Khairy, Mahfuz juga turut melahirkan rasa terkejut dengan reaksi beberapa pemimpin UMNO dan BN terhadap Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia yang menuntut pengunduran atau penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

“Ada yang kata tidak ada apa-apa kesan pun deklarasi tersebut. Tapi kalut semacam sahaja. Datuk Seri Shabery Cheek menyatakan deklarasi tersebut tidak menggugat pengislahan UMNO.

“Kalau dah tidak menggugat, diam-diam saja tak payah bising. Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil pula berkata Wanita UMNO tolak deklarasi tersebut,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");