Sukan Hari Ini

Kim Swee fokus tingkat ranking Harimau Malaysia

Kuala Lumpur: Misi memperbaiki ranking negara yang kini menduduki tangga ke-171 dunia menjadi agenda utama pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee apabila mengatur perlawanan antarabangsa dengan Macau pada 29 Mac ini.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka itu pasti menguji mental dan fizikal anak buahnya kerana ia berlangsung lima hari selepas anak buahnya menentang Arab Saudi di Jeddah pada aksi terakhir Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019.

“Selepas bertemu Arab Saudi di Jeddah, kita akan tiba di Kuala Lumpur pada 25 Mac dan terus ke Melaka bagi menghadapi Macau. Jadi dengan adanya perlawanan dengan Macau, saya berharap kita mampu mendapatkan kemenangan.

“Perlawanan ini penting bagi memastikan ranking negara tidak terus ketinggalan,” kata Kim Swee.

Kim Swee bekas jurulatih Harimau Muda A sebelum ini dilantik dengan tiga misi utama iaitu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019, menjuarai Piala AFF tahun ini serta memperbaiki ranking negara ke kelompok 140 pasukan terbaik dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun mungkin ada pihak yang menganggap Kim Swee mahu mengambil langkah selamat dengan mengatur perlawanan dengan Macau yang menduduki tangga ke-195 dunia namun pengendali itu mempunyai alasan tersendiri.

“Kita sudah cuba menghubungi beberapa pasukan tapi kebanyakan pasukan terbabit pada hari perlawanan terakhir Kelayakan Piala Dunia 2018/ Piala Asia 2019.

“Macau tidak beraksi dalam pusingan kelayakan itu dan mereka juga sudah memaklumkan persetujuan lebih awal berbanding Nepal yang turut menyatakan minat sebelum ini.

“Kita perlu segera menetapkan siapa pasukan lawan kerana ia memudahkan persiapan kita. Bagi saya Macau bukan lawan yang mudah kerana mana-mana pasukan mampu menghadirkan cabaran kepada pasukan kita,” katanya.

Senarai nama pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaysia dijangka akan diumumkan Kim Swee pada 13 Mac ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");