Panasnya Hari Ini

Kongres Rakyat 2016: Muhyiddin Sedari Risiko Akan Dipecat

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau menyedari risiko pemecatannya sebagai ahli Umno bagaimanapun ia bukanya menjadi penghalang untuknya menyertai Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung semalam.

Ujarnya beliau juga turut menyedari bahawa ia bertentangan dengan Perlembagaan parti.

Tambahnya lagi, kehadirannya ke perhimpunan itu adalah hak beliau sebagai warganegara malah dijamin oleh Perlembagaan, sekalipun bekerjasama dengan pembangkang untuk menurunkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Itu hak saya sebagai warganegara untuk berhimpun dan mengambil bahagian. Mengikut Perlembagaan, tiada apa yang boleh menghalang saya.

“Saya sudah dipecat daripada kerajaan, saya digantung oleh parti (Umno). Apa yang lebih penting bukan kedudukan saya (Timbalan Presiden Umno), tapi untuk menyelamatkan Malaysia,” katanya pada sidang media selepas Kongres Rakyat 2016 Ahad memetik sumber Sinar harian.

Memetik sumber, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, sebuah sekretariat khas akan dibentuk bagi menyelaraskan segala usaha untuk menukar kepimpinan perdana menteri daripada pelbagai pihak walaupun berbeza ideologi politik.

“Selagi mana ia menyokong pendirian kita supaya Najib letak jawatan, atau menyingkirkan Najib, kita tiada masalah dengan mereka.

“Sama ada mereka bersama dengan kita atau tidak, asalkan objektifnya sama,” katanya pada sidang media tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");