Panasnya Hari Ini

Kongres Rakyat : Bangkit Dari Tidur Dan Berjuanglah – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Abdul Rahman menyeru golongan muda untuk terus bangun dan berjuang demi masa depan negara.

“Kita tak sepatutnya terus menjadi pekak dan buta. Cukup-cukuplah. Bangkit dari tidur dan berjuanglah untuk negara,”ujarnya memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau juga berazam untuk mendapatkan sokongan golongan muda di Sabah dan Sarawak.

Dalam masa yang sama, beliau turut mengakui dirinya merupakan ‘peminat’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini kerana beliau yakin dan percaya Najib mampu membawa perubahan dalam negara.

Beliau bagaimanapun mengubah pendiriannya apabila skandal syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terdedah sehingga mencetuskan isu besar sama ada di dalam mahupun di peringkat antarabangsa.

“Selepas itu barulah saya dapat melihat ‘warna’ sebenar Perdana Menteri kita,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Kongres Rakyat di Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang melabelkan perjuangan menyelamatkan Malaysia sebagai perjuangan peribadi.

Ujarnya, perjuangan menyelamatkan Malaysia bukanlah untuk Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya ia adalah perjuangan untuk rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");