Panasnya Hari Ini

Kongres Rakyat : ‘Ketika Itu Nampak Indah Sahaja’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui menyesal dengan tindakan beliau yang menjadi salah seorang yang mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2009.

Kekesalan itu didedahkan olehnya berikutan ia telah memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memegang tampuk pemerintahan negara selepas itu.

Ujarnya, tindakan beliau untuk mendesak Tun Abdullah berundur adalah kerana Barisan Nasional (BN) dilihat sangat lemah pada ketika itu, tetapi beliau sama sekali tidak menjangkakan keadaan BN pada ketika ini lebih teruk di bawah Najib.

“Saya menyesal. Ketika itu nampak indah sahaja,”ujarnya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Kongres Rakyat Gerakan Selamatkan Malaysia di Shah Alam, semalam.

Muhyiddin turut dilaporkan berkata, Gerakan Selamatkan Malaysia dan Deklarasi Rakyat berjaya membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO takut dan gusar kerana semakin mendapat sokongan daripada rakyat.

“Walaupun mereka kata ia hanya gimik politik tetapi saya tahu jauh di sudut hati mereka, mereka takut,”ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta agar rakyat terus bangkit dan menyokong Deklarasi Rakyat untuk menuntut agar Najib meletak jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");