Panasnya Hari Ini

Kongres Rakyat : Rakyat Bertanggungjawab Untuk Selamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini daripada pemimpin yang menggunakan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Sehubungan itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, perjuangan untuk menyelamatkan Malaysia dan usaha menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu dijadikan sebagai isu agama dan kaum.

Tegasnya, agenda untuk menjatuhkan Najib bukan semata-mata agenda DAP atau Tun Dr Mahathir, sebaliknya ia adalah agenda rakyat.

“Semua rakyat Malaysia bertanggungjawab menyelamatkan negara daripada terus mengalami kerosakan.

“Wang 1MDB digunakan untuk kepentingan peribadi. Agensi kerajaan seperti Tabung Haji dirompak untuk membantu 1MDB. Agensi penguatkuasa dipergunakan yang menunjukkan seolah-olah negara ini kepunyaan seorang pemimpin.

“Adakah ini tidak bahaya dan mengancam sistem perundangan sedia ada? Ini bukan pilihan, tetapi tanggungjawab kita,”ujarnya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia di Shah Alam, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");