Perak Hari Ini

KPDNKK Taiping Rampas 41 Tong LPG

TAIPING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Taiping hari ini telah merampas 41 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam satu serbuan Ops Gasak yang dilakukan pagi tadi, di sini.

Ketua Cawangan KPDNKK Taiping, Mohamad Kamarol Mat Nor berkata, serbuan telah dilakukan di sebuah kilang mencuci pakaian di Kawasan Perindustrian Kamunting, di sini.

“Serbuan dilakukan hasil daripada pemantauan yang dijalankan selama seminggu ke atas pergerakan lori penghantaran gas ke kawasan perindustrian tersebut.

“Kes tersebut didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 Peraturan 3 (1), Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan tanpa lesen yang sah,”katanya menerusi satu kenyataan.

IMG-20160309-WA0004

Mengulas lanjut, tong gas bersubsidi 14 kilogram dan 12 kilogram hanya untuk penggunaan isi rumah sahaja dan pihak industri tidak layak untuk menggunakan gas tersebut.

Sebaliknya, kata Kamarol, pihak industri boleh menggunakan tong industri 50 kilogram untuk tujuan operasi kilang.

“Tong gas LPG yang dirampas digunakan untuk menjana mesin pengering di kilang tersebut.

“KPDNKK Taiping telah menyita 41 tong gas isipadu 12 kilogram dengan jumlah sitaan ialah RM4,214.80,”ujarnya.

IMG-20160309-WA0003

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");