Panasnya Hari Ini

KPT Beli Bangunan Di Perth 58% Lebih Mahal, Dakwa PKR

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi telah membeli sebuah bangunan dari syarikat Miltech International Pty Ltd dengan harga AUD10.271 juta (kira-kira RM30 juta) PADA 16 Disember 2013 di Perth Australia.

Rafizi turut mendakwa, harga yang dibayar oleh kerajaan itu ternyata 58 peratus lebih mahal daripada harga asal yang dibeli oleh syarikat tersebut iaitu pada AUD6.5 juta.

Kata ahli Parlimen Pandan itu lagi, bangunan yang terletak di alamat 268 Newcastle Street, Perth itu dibeli dengan tujuan untuk dijadikan Dewan Malaysia bagi penginapan pelajar negara ini.

“Syarikat ini membuat keuntungan sehingga 58 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas mereka membeli bangunan ini.

“Saya mempunyai maklumat lengkap siapa yang mendapat untung dan pemilik syarikat yang menjual bangunan ini,”katanya, lapor MalaysiaKini.

Berikutan itu, beliau menggesa agar Kementerian Pendidikan memberikan jawapan secepat mungkin tentang bagaimana penyelewengan tersebut berlaku.

Beliau juga turut meminta agar Kementerian Pendidikan menamakan individu yang bertanggungjawab di dalam perkara itu.

Rafizi berkata, meskipun kerajaan terlebih bayar hanya berjumlah RM11 juta, namun ianya menunjukkan berlaku penyelewengan dan amalan rasuah yang berlaku di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tahun lalu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu jawapan bertulis kepada Rafizi berhubung soalan pembelian hartanah oleh kerajaan di luar negara memberitahu bahawa Kementerian Luar tidak terlibat dengan pembelian hartanah oleh agensi atau kementerian lain.

Bagaimanapun, kementerian tersebut telah merujuk perkara itu kepada semua perwakilan Malaysia dan terdapat satu pembelian bangunan di Perth untuk dijadikan penginapan pelajar Malaysia oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kos keseluruhan termasuk ubahsuai sebanyak AUD10.271 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");