Panasnya Hari Ini

Kritik Kerajaan: Tindakan Muhyiddin Kurang Bijak

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai kurang bijak kerana tindakannya yang dilihat terlalu lantang mengkritik kerajaan.

Ujarnya, sebagai pemimpin yang dihormati rakyat, Muhyiddin sepatutnya menunjukkan sikap lebih baik termasuk memberikan input untuk membangunkan negara tetapi perkara sebaliknya terjadi.

“Beliau sepatutnya mempamerkan sikap seorang yang pemimpin yang baik dan tindakannya mengkritik kerajaan tidak harus dilakukannya kerana perkara itu sekadar merosakkan kerajaan sahaja.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya motif beliau. Adakah beliau hanya mahu menunjukkan sikap seolah-olah beliau seorang yang jujur dan berani dalam berpolitik. Tetapi dalam politik, sikap begitu bukanlah terbaik dan saya fikir beliau kurang bijak,” katanya memetik sumber Berita harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik kerajaan termasuk pendedahan mengenai tawaran lantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad.

Beliau turut menyifatkan bahawa pemimpin yang degil dalam politik bukannya seorang pemimpin yang baik.

Malah tegasnya kelantangan Muhyiddin ketika ini menjadi persoalan kerana hanya merosakkan nama negara.

“Apakah beliau yakin apa yang diperkatakannya benar-benar bagus untuk negara dan memberi kesan baik untuk negara?” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");