Sukan Hari Ini

Kukuh psikologi, fizikal

Kuala Lumpur: Chef de Mission (CDM) Tan Sri Al-Amin Abdul Majid mahu memastikan atlet negara yang layak ke Olimpik Rio tidak tertekan walaupun harapan utama adalah memenangi pingat emas pertama pada temasya itu.

Katanya, semua pihak mengharapkan emas Olimpik terutama badminton yang dilihat prospek utama.

“Namun saya beranggapan kita tidak mahu meletakkan tekanan terlalu tinggi kepada atlet apabila mereka beraksi di Olimpik nanti.

“Harapan sudah mula tinggi namun sebagai CDM, saya mahu pastikan mereka tidak tertekan kerana ini kejohanan sukan terbesar setiap empat tahun,” kata Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu.

Sehingga kini pada temasya Olimpik hanya badminton dan terjun pernah menyumbang pingat kepada Malaysia.

“Atlet perlu bersedia sepenuhnya dari aspek psikologi, fizikal, persiapan dan sebagainya untuk membolehkan mereka mempunyai keyakinan mempamerkan aksi terbaik,” katanya.

Tambahnya, masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai peluang pingat namun ia akan diperhalusi selepas menerima laporan latihan dan sebagainya.

“Kami akan mengadakan mesyuarat antara pengurus tidak lama lagi. Kami akan lihat secara terperinci prestasi dan atlet yang boleh mempamerkan prestasi terbaik di Olimpik,” katanya.

Malaysia masih menunggu senarai rasmi beberapa jenis sukan yang belum berakhir tempoh kelayakan seperti badminton, golf dan memanah.

Sehingga kini terjun, renang, berbasikal trek, memanah, menembak dan pelayaran sudah mengesahkan tempat di Rio Ogos nanti.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");