Perak Hari Ini

Lagi Kes Kereta Terbakar

TELUK INTAN: Sebuah kereta jenis Nissan musnah dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Batu 5 Jalan Sitiawan malam semalam.

Menurut sumber jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Perak, panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 11.07 malam semalam.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Skyline yang musnah terbakar hampir 85 peratus,” kata sumber.

IMG-20160308-WA0002

Bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat.

“Pihak anggota penyelamat telah menggunakan dua aliran air dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Operasi tamat sekitar jam 11.50 malam semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");