Panasnya Hari Ini

Langkah Untuk Sabotaj UMNO Menjelang PRU-14

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari UMNO buat kali kedua semalam dilihat sebagai satu langkah bagi mensabotaj UMNO untuk tewas pada Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu dengan jelas bukan sahaja bertujuan untuk menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malah sudah lama menikam UMNO untuk tewas pada PRU ke-14 nanti.

“Tun Mahathir sebenarnya sudah lama hilang pertimbangan, maka tindakan beliau keluar UMNO tidak lagi mengejutkan bahkan tidak lagi relevan.

“Dia sudah lama sebenarnya menikam UMNO kerana tindakan mengganggu kepimpinan Najib adalah sama seperti mensabotaj UMNO untuk kalah dalam PRU ke-14,”katanya, memetik laporan BNBBC.my.

Katanya lagi, sekiranya tindakan Tun Mahathir adalah betul, lebih baik mantan Perdana Menteri itu berjuang dari luar untuk menyerang Najib setelah gagal menumbangkan Perdana Menteri dari dalam.

Beliau bagaimanapun berkata, tindakan Tun Mahathir itu akan menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang lebih matang.

“Masa dia jadi Presiden UMNO pun, dua bekas Presiden UMNO iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn juga telah keluar parti. Maka tindakan beliau bukan gejala baru, tidak menghairankan dan saya yakin UMNO mampu menanganinya.

“Dan saya yakin tidak ramai yang ikut jejak Tun Mahathir seperti mana ketika beliau keluar UMNO di zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi, saya percaya kali ini Tun Mahathir tidak akan berpatah balik kepada UMNO,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");