Panasnya Hari Ini

Lantang Bersuara, Muhyiddin Ada Agenda Peribadi

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin dianggap mempunyai agenda peribadi kerana tiba-tiba lantang bersuara di luar mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Ianya berikutan sebelum ini, Muhyiddin dilihat jarang bersuara di dalam mesyuarat MT, jauh lagi daripada bersikap lantang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, selama beliau menjadi ahli MT, beliau mengakui Muhyiddin jarang bersuara di dalam mesyuarat MT.

“Saya menjadi ahli MT lebih 25 tahun lalu dan memang Muhyiddin bukanlah seorang yang banyak bersuara dalam MT.

“Ini jauh berbeza daripada apa yang beliau cuba gambarkan sekarang,”katanya, lapor Mstar.

Kata Annuar lagi, meskipun Muhyiddin menyatakan bahawa beliau menegur dengan ikhlas, namun ianya tidak mencukupi.

“Tindakan yang jelas mengikut rentak musuh dan nyata membawa keburukan sudah tentu bakal ditolak oleh jutaan ahli UMNO lain yang ikhlas ingin melihat parti ini tidak menjadi mangsa musuh yang ingin memporak-perandakan (UMNO),”ujarnya.

Ujarnya lagi, langkah yang diambil oleh Muhyiddin juga dilihat silap kerana ianya telah membawa padah kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri apabila ditolak oleh kepimpinan parti di semua peringkat.

“Bagi kita tidak sukar untuk memahami cara yang dipilih Muhyiddin sebelum ini. Nilailah semula sementara peluang masih ada. Usah memilih untuk tidak membantu Presiden.

“Jangan didorong keyakinan (Presiden UMNO dan Perdana Menteri), Datuk Seri Najib Tun Razak mahu dijatuhkan, dan dengan itu beliau berpeluang menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pilihannya sendiri,”ujarnya.

Sebagai anggota UMNO, Annuar berkata, Muhyiddin kini mempunyai hak seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan UMNO.

Ujarnya, beliau yakin dan percaya, Muhyiddin akan menggunakan hak tersebut dengan sepenuhnya.

“Namun harus diingat, bersama hak sebagai ahli datangnya tanggungjawab ahli pada parti dan hak parti itu sendiri terhadap ahli termasuk tata etika dan disiplin yang wajib dipenuhi,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");