Berita Hari Ini

Lebih 820,000 Rakyat Malaysia Dihalang Ke Luar Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Lebih 820,000 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara selepas disenaraihitam atas pelbagai kesalahan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, sejak 2011 Jabatan Imigresen telah menyenaraikan 827,921 rakyat Malaysia dalam senarai hitam jabatan itu, di mana mereka dilarang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika mereka diberi kebenaran khas untuk berbuat demikian.

Mereka yang muflis membentuk sebahagian besar daripada mereka yang disenaraihitam dengan 200,727 orang, manakala 118,892 orang yang gagal membayar pinjaman pendidikan juga telah dihalang daripada meninggalkan negara ini, katanya.

“520 orang disenaraihitam bagi kesalahan keselamatan dan 507,782 untuk kesalahan lain.

“Mereka yang disenaraihitam dilarang ke luar negara kecuali mereka mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan dengan kesalahan-kesalahan mereka,” kata Dr Ahmad Zahid dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri).

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");