Panasnya Hari Ini

Lebih Banyak Tun M Berucap, Lebih Tinggi Risiko Akan Ditahan – Nur Jazlan

Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini memberi amaran kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengurangkan ucapan di khalayak ramai.

Katanya, lebih banyak ucapan dilakukan oleh bekas Presiden UMNO itu, lebih banyak bukti yang akan dikumpul oleh pihak polis untuk dijadikan kes.

Nur Jazlan berkata, ucapan Tun Mahathir sewaktu himpunan Kongress Rakyat, Ahad lalu, dilihat mempunyai unsur hasutan dan pengkhianatan.

Ia susulan bekas Perdana Menteri itu didakwa cuba untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dipilih secara demokratik, menerusi tindakan yang tidak dibenarkan.

“Beliau (Tun Mahathir) meminta orang ramai untuk mengambil tindakan di luar Perlembagaan.

“Bukankan negara ini ditadbir oleh Perlembagaan? Anda perlu mematuhi Perlembagaan. Apa yang beliau katakan boleh dianggap sebagai menghasut.

“Lebih banyak beliau bercakap, lebih banyak kesilapan yang akan beliau lakukan,”katanya, lapor Free Malaysia Today.

Terdahulu, Tun Mahathir dalam ucapannya pada Kongres Rakyat meminta agar Majlis Raja-raja mendesak supaya Najib meletak jawatan atas dakwaan salah laku.

Beliau juga telah berjanji untuk memulakan sesi jelajah Selamatkan Malaysia ke seluruh negara dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran rakyat tentang kepentingan menyingkirkan Najib dari jawatan.

Sementara itu, Nur Jazlan berkata, kerajaan melihat gerakan Selamatkan Malaysia sebagai tidak lebih daripada satu publisiti.

“Jika mereka mahu terus melakukan perhimpunan tersebut, mereka boleh. Apa yang beliau (Mahathir) lakukan adalah semata-mata untuk mendapatkan simpati rakyat. Perhimpunan ini tidak mendapat sokongan daripada rakyat, jadi kita akan menganggap ia sebagai sebuah aksi politik.

“Tetapi jika beliau terus mengatakan perkara-perkara yang boleh mencetuskan suatu kesalahan, sebagai contoh di bawah Akta Hasutan, atau jika dia mengatakan bahawa rakyat perlu melampaui Perlembagaan, maka kita akan mengambil tindakan,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");