Panasnya Hari Ini

Letak Jawatan, Hadi Mahu Akar Umbi Tentukan

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada ahli akar umbi parti itu mengenai gesaan supaya jawatan beliau diserahkan kepada Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Itu tanya orang Pas, tanya akar umbi. Pas ada muktamar kita,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini memetik sumber Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan Adun Salor, Datuk Husam Musa agar jawatan Presiden Pas diserahkan kepada Tuan Ibrahim.

Terdahulu Husam dilaporkan berkata, Abdul Hadi sebaiknya memegang jawatan mursyidul am atau timbalan mursyidul am bagi memastikan Pas tidak terlibat dan memasuki ‘aliran tengah’ dalam kepentingan politik negara.

Gesaan Husam itu dibuat susulan hasil kajian Ilham Centre yang mendapati ahli Pas merasakan mereka tiada arah tujuan kerana kenyataan berbeza yang dikeluarkan pemimpin tertinggi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi mengesahkan akibat kesuntukan masa beliau tidak sempat membawa Rang Undang-undang persendirian berkenaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) untuk dibentangkan pada sesi sidang Parlimen kali ini.

“Sidang ini tidak sempat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");