Panasnya Hari Ini

Lim Mengharapkan Agong Panggil RCI Kendali Isu 1MDB, RM2.6b

KUALA LUMPUR: Meskipun masih digantung daripada Parlimen, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang mengharapkan agar titah Yang diPertuan Agong esok akan memanggil sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) untuk melihat isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan skandal ‘derma’ RM2.6 bilion.

Memetik laporan MalaysiaKini, Lim berkata, penubuhan RCI adalah perlu bagi menyelesaikan isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta yang disalurkan daripada SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga dakwaan salah urus 1MDB.

“Saya hanya mempunyai satu hasrat terhadap titah diraja pada pembukaan rasmi Parlimen pada hari Isnin, bahawa Agong akan mengumumkan penubuhan RCI terhadap skandal mega Perdana Menteri, Najib Abdul Razak,”katanya, lapor MalaysiaKini.

Esok, seperti kebiasaan Agong akan menyampaikan titah pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-13.

Penasihat DAP itu juga turut mengulas mengenai laporan akhir Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengenai 1MDB kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Tegasnya, PAC adalah jawatankuasa parlimen, dan keputusan tersebut merupakan satu bentuk penghinaan kepada PAC, Parlimen dan kesemua 222 ahli Parlimen di dewan yang berada di bawah naungan Agong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");