Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Lisa Surihani Ada Cara Tersendiri Didik Anak

KUALA LUMPUR:Pelakon dan pengacara manis iaitu Lisa Surihani isteri kepada Yusry Abdul Halim mengakui beliau mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak mereka.

Jelas Lisa, beliau dan suami telah sepakat untuk tidak membuka sebarang akaun laman sosial buat anak mereka setakat ini selain menghormati pandangan umum.

Terdahulu pasangan popular Scha Al Yahya dan Awal Ashaari dilaporkan berkata cara mereka dalam membesarkan dan mendidik anak adalah dengan mendedahkan si kecil itu kepada dunia hiburan.

“Saya dan suami sudah sepakat mengenai hal ini agar tidak membuka akaun laman sosial untuk anak kami. Kami juga hormat dengan pandangan umum.

“Tidak bermakna saya betul dan ibu bapa lain salah tentang hal ini. Terpulang kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan pandangan, apatah lagi masing-masing mempunyai cara dalam menjaga atau mendidik permata hati.

“Buat masa ini Yahaira masih belum mengerti dunia teknologi… biarlah bila dia sudah dewasa nanti, dia tentukan sendiri. Bukan kami atau sesiapapun wujudkan laman sosial untuknya,” katanya memetik sumber Berita Harian Plus.

Tambahnya setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan cahaya mata masing-masing.

Jelasnya lagi, buat masa ini anaknya masih belum mengerti dunia teknologi dan apabila dewasa kelak Yahaira akan menentukannya sendiri.

Lisa dan Yusry telah berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");