Jenayah

Lori simen terbabas masuk longkang

NILAI – Sebuah lori simen terbabas lalu masuk longkang dalam kemalangan di Kilometer 275 Lebuhraya Utara – Selatan, arah Selatan, di sini, sekitar jam 7.52 pagi semalam.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Shamir berkata, bagaimana pun pemandu terbabit yang berusia 40 tahun hanya mengalami cedera ringan di bahagian bawah mata kiri.

“Pada awalnya, kita dimaklumkan ada kejadian lori simen terbakar. Sebab itu sebuah jentera, termasuk tangki air dan kenderaan EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dikejarkan ke sana.

“Tapi setibanya di lokasi, kita dapati tidak berlaku sebarang kebakaran. Sebaliknya lori berkenaan hanya terbabas ke dalam longkang,” katanya.

Justeru, kata Mohd Fauzi, tiada proses pemadaman dilakukan dan pihaknya sekadar memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Selain itu, kita bertindak memotong tiang lampu yang mengganggu lalu lintas akibat dirempuh lori tersebut. Lebih kurang 10 minit diperlukan untuk menyudahkannya.

“Difahamkan, lori dipandu mangsa hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang didakwa memotong dalam keadaan bahaya,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");