Panasnya Hari Ini

Lucut Jawatan Tun M Dalam PROTON -UMNO Jasin

KUALA LUMPUR:UMNO Bahagian Jasin meminta agar khidmat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Penasihat Proton Holdings Bhd serta beberapa agensi berkaitan kerajaan (GLC) yang lain turut ditamatkan seperti jawatannya sebagai Penasihat Petronas.

Menurut Ketuanya yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah, bahagian itu turut sebulat suara menggesa mana-mana pihak yang mencemar kedudukan Presiden UMNO supaya dipecat terus daripada parti.

“Kita sayang Tun Dr Mahathir, namun tindakan tegas perlu diambil kerana beliau sanggup bekerjasama dengan pembangkang semata-mata mahu menggulingkan Presiden UMNO,” katanya dalam ucapan aluan persidangan berkelompok cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian Jasin 2016, Jasin memetik sumber Berita harian.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi UMNO Melaka yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Pada masa yang sama, Idris turut menyokong usul UMNO Bahagian Jasin dan mahu ia diikuti cawangan dan bahagian lain di negeri ini.

“Dalam UMNO tidak boleh ada rasa ragu-ragu kepada parti, mahupun ragu-ragu kepada presiden parti. Jika perasaan itu ada, bolehlah tinggalkan parti. Kita mahu satu semangat perjuangan, apabila berdepan musuh mesti semua bersatu hati, bersatu fikiran dan bersatu tindakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");