Panasnya Hari Ini

Majlis Peguam Lulus Usul Gesa Peguam Negara Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam meluluskan usul menggesa Tan Sri Mohamed Apandi Ali supaya meletakkan jawatan selaku Peguam Negara.

Usul berkenaan diluluskan semasa perhimpunan agung Majlis Peguam yang dihadiri lebih 1,400 peguam.

Memetik sumber laporan Mstar Online, beberapa peguam yang menghadiri perhimpunan tersebut  menjelaskan bahawa usul tersebut diluluskan dengan bantahan yang minimum.

Tiga peguam iaitu Charles Hector, Francis Pereira dan Shanmugam Ramasamy telah tampil mencadangkan usul untuk membahaskan gesaan terhadap perletakan jawatan.

Terdapat juga gesaan Peguam Cara Negara untuk berperanan sebagai Pendakwa Raya dalam siasatan kes rasuah membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan derma politik RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib,

Usul tersebut telah mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pihak yang berbeza dari segi perbezaan politik, antaranya peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP, R.S.N. Rayer.

Sementara itu cadangan memerlukan peguam-peguam muda mengambil kursus pengurusan profesional atau risiko didenda turut diluluskan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");