Panasnya Hari Ini

“Malaysia Diklasifikasikan 10 negara Terburuk Amal Rasuah” – Tun M

KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sejak negara dipimpin Datuk Seri Najib Razak, Malaysia telah dianggap sebagai 10 negara terburuk yang mengamalkan rasuah.

Ujarnya, isu pemulangan wang derma RM2.6 bilion yang didermakan oleh pemerintah Arab sehingga hari ini masih tidak lagi tidak jelas.

“Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik.

“Selain itu, Peguam Negara mengumumkan sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion) dipulangkan kepada Arab Saudi. Namun, selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan,” katanya pada sidang media di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya (UM), hari ini memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, hak kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar juga disifatkannya terhalang sehingga menyebabkan rakyat hidup dalam ketakutan, ditangkap dan ditahan.

“Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan, di mana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa di bawah prosedur yang melanggar batas keadilan yang diterima,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");