Berita Hari Ini

Malaysia-Indonesia kerjasama bangun kampung sempadan

KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Republik Indonesia, Marwan Jafar.

Dalam pertemuan yang berlangsung di Bilik Lembaga Pengarah Pelaburan Mara Berhad, di ibu negara tengahari ini, kedua-dua menteri itu telah berbincang mengenai bidang-bidang kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Menurut Ismail Sabri, ada empat bidang utama yang menjadi fokus dalam perbincangan itu.

“Pertama, isu membangunkan kampung-kampung di persempadanan Malaysia dan Indonesia yang melibatkan kampung-kampung antara kedua-dua negara.

“Kedua, kita juga berbincang untuk meneroka sektor Perladangan dan Komoditi antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Menurut Ismail Sabri lagi, kerajaan Indonesia juga menunjukkan minat terhadap usaha agensi di bawah KKLW iaitu Felcra dan Risda untuk terlibat dalam kerjasama sektor pekebun kecil.

Pertemuan antara kedua-dua menteri itu turut dihadiri Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno.

Selain itu, kata Ismail Sabri, sektor Pelancongan Desa yang mempunyai potensi besar yang boleh diteroka bersama turut dibincangkan dalam pertemuan itu.

“Indonesia mempunyai 75,000 buah kampung berbanding 16 ,000 buah kampung di Malaysia,” katanya.

Sektor keempat iaitu bidang pertanian, katanya, akan memberi fokus kepada usaha memperkasakan ekonomi usahawan desa.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri memberitahu, kedua-dua negara telah bersetuju mewujudkan Jawatankuasa Kerja Peringkat Pegawai diwakili Timbalan Ketua Setiausaha KKLW, Datuk Azizan Mohamad Sidin dan rakan sejawatan dari Indonesia Anuar Sanusi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");