Panasnya Hari Ini

“Mana Mungkin Saya Menyokong Pemimpin Rasuah”- Tun M

KUALA LUMPUR:Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau berhenti memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas tercetusnya skandal syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, beliau tidak boleh menyokong pemimpin yang dikaitkan dengan amalan rasuah.

Ujar Mahathir lagi, beliau sepatutnya memilih Najib sebagai penganti apabila membuat keputusan bersara 2003 tetapi Najib ketika itu masih muda dan peluang diberikan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Apabila Najib menjadi Perdana Menteri menggantikan Abdullah, saya sangat gembira. Isteri saya juga gembira. Beliau anak Razak ( Tun Abdul Razak). Tetapi akhirnya banyak perbezaan antara Najib dan bapanya,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, Najib telah berbohong kepadanya mengenai pembinaan Jambatan Bengkok yang menghubungan Johor dan Singapura.

“Saya tidak marah kerana beliau tidak meneruskan projek ini tetapi saya marah sebab Najib membiarkan Singapura mengubah perjanjian. Mengapa Najib perlu mendapatkan kebenaran Singapura? Sebab itulah kita panggil Jambatan Bengkok. Kita sebuah negara merdeka, mengapa perlu mendapatkan kebenaran,” katanya.

Jelasnya lagi, Malaysia mahu membina keretapi laju dari Kuala Lumpur ke Singapura tetapi Singapura tidak membenarkan.

“Adakah kita di bawah Singapura? Inilah yang mengecewakan saya,” katanya yang masih setia menyokong Najib.

Katanya, Najib menggunakan wang kerajaan untuk menjadi popular dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Rakyat mahukan pekerjaan. Bukan menjadi pengemis. Mereka mahukan kerja. Ramai graduan yang terpaksa menganggur,” katanya.

Dr Mahathir akhirnya berhenti menyokong Najib selepas isu rasuah terutama melibatkan 1MDB.

“Mana mungkin saya menyokong pemimpin rasuah,” katanya.

Terdahulu, 1MDB turut dikaitkan dengan hutang sebanyak RM46 billion termasuk pembelian tanah milik kerajaan dengan harga murah dan penjualan kepada pihak ketiga dengan harga berlipat kali ganda termasuk kepada Lembaga Tabung Haji.

Anak syarikat 1MDB, SRC International juga didakwa memasukkan RM42 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib tetapi Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan nama Najib daripada amalan rasuah.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan lebih 1,000 orang yang menghadiri Kongres Rakyat: Gerakan Selamatkan Malaysia Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");