Perak Hari Ini

MAPS Sertai MATTA Fair Di PWTC & Ipoh

IPOH: Taman tema animasi pertama di Asia, Movie Animation Parks Studios (MAPS) buat julung kalinya akan menyertai karnival pelancongan terkemuka negara, MATTA Fair, bermula pada 11 hingga 13 Mac ini di Kuala Lumpur dan Ipoh.

Pada penyertaan MAPS kali ini, taman tema animasi itu akan menawarkan tiket-tiket bermusim dan bulanan kepada pengunjung ke karnival pelancongan itu.

“MAPS akan menawarkan tiket-tiket yang menarik di kedua-dua lokasi penganjuran MATTA Fair iaitu yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dan juga Ipoh Parade, Perak.

“Pengunjung berpeluang untuk membeli tiket-tiket yang ditawarkan dengan harga yang menarik,”katanya, menerusi satu kenyataan.

Harga tiket yang ditawarkan bagi ‘Dream Day Passes’ ialah RM95 untuk dewasa (biasa RM155) dan kanak-kanak (3-11 tahun) ialah RM75 (biasa RM125).

Bagi ‘Dream Annual Passes’ (12 bulan), beli tiga tiket dan percuma satu tiket yang bernilai RM280 (dewasa) dan RM250 (kanak-kanak) setiap seorang.

Manakala bagi ‘Dream Perak Passes’ (12 bulan), beli empat dengan satu tiket percuma dengan harga RM180 (dewasa) dan RM150 (kanak-kanak) setiap seorang.

Selain penjualan tiket ke taman tema animasi itu, MAPS juga akan membawa karakter-karakter utama taman animasi tersebut seperti Mr Peabody and Sherman selain daripada cabutan bertuah dan aktiviti-aktiviti menarik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan MAPS, orang ramai boleh melayari laman web MAPS di www.mapsperak.com atau laman Facebook, facebook.com/mapsperak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");