Panasnya Hari Ini

Masa Depan Negara Ditentukan Oleh Rakyat, Bukan Golongan ‘Elit’

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masa depan Malaysia ditentukan oleh rakyat, bukannya golongan ‘elit’ di negara ini.

Tegasnya, Deklarasi ‘Selamatkan Malaysia’ gagal untuk menangani pembaharuan institusi bagi menolak perubahan kepimpinan persekutuan.

Terdahulu, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat menyatakan sokongan beliau terhadap Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang.

“Golongan elit tidak boleh terlibat dalam permainan untuk cuba menentukan perjalanan atau masa depan negara. Ia mestilah dibuat dengan pilihan rakyat, pilihan demokratik.

“Oleh itu, ia mesti berbalik kepada demokrasi dan tadbir urus institusi yang seolah-olah masih kurang walaupun dalam deklarasi itu, isu kebebasan, perubahan badan kehakiman, kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan keperluan untuk mempunyai pembaharuan institusi. Bukan sahaja perubahan personaliti,”katanya, lapor mStar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar Mahkamah Tinggi, hari ini.

Semalam, pergerakan Selamatkan Malaysia telah mengadakan kongres pertama di Shah Alam turut dihadiri oleh Tun Mahathir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");