Panasnya Hari Ini

‘Masih Ada Ahli Yang Mudah Lupa Prinsip Perjuangan BN’

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, masih terdapat ahli yang mudah lupa akan prinsip perjuangan Barisan Nasional dengan bekerjasama dengan pembangkang.

Namun begitu, Najib berkata, beliau melihat perikatan tetap kukuh dan setia kepada perjuangan di kalangan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian melalui catatan terbaharu dan sekeping gambar yang dimuatnaik di laman Facebooknya yang memaparkan pertemuannya bersama beberapa ahli Parlimen BN di Seri Perdana, semalam.

Pertemuan tersebut merupakan mesyuarat ‘Pra-Majlis’ bersempena sesi Dewan Rakyat yang akan mula bersidang esok.

“Mungkin ada yang mudah lupa akan prinsip perjuangan Barisan Nasional dan memilih bekerjasama dengan pembangkang untuk menentang kami baru-baru ini.

“Namun semalam, saya lihat perikatan tetap kukuh dan setia kepada perjuangan di kalangan ahli-ahli Parlimen BN yang berada di Seri Perdana untuk mesyuarat ‘pre-council’ sebelum mula bersidang Isnin nanti,”ujarnya.

Kata Najib lagi, BN akan terus melaksanakan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");