Perak Hari Ini

MATTA Fair Perak : Lapan Produk Agro Pelancongan Perak Diperkenalkan

IPOH: Bersempena dengan penganjuran MATTA Fair Perak yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, Tourism Malaysia Perak memperkenalkan lapan produk agro pelancongan untuk ditawarkan kepada pengunjung karnival berkenaan.

Lapan produk agro pelancongan tersebut diperkenalkan bersempena dengan pelancaran Pakej Agro Tourism Perak di booth Tourism Malaysia Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, lapan lokasi tersebut telah dikenalpasti untuk dilawati sebagai produk agro pelancongan yang boleh diketengahkan bukan sahaja untuk pelancong domestik, tetapi juga untuk pelancong antarabangsa.

“Lapan lokasi tersebut ialah Sahom Farm Valley (Kampar), Gaharu Tea Valley (Gopeng), iGROW (Institut Agro Usahawan, Kampung Gajah), Refarm (Kampar), Trong Leisure Farm (Taiping), Pink Guava Sime Darby (Sitiawan), Syamille Agro Farm (Kuala Kangsar) dan Sahabat Hutan Bakau Lekir (Setiawan).

6 (4)

“Dan pada hari ini juga, seramai empat pengusaha Agro Tourism Perak akan turut serta dan menawarkan pakej-pakej mereka iaitu Sahom Farm Valley ,Gaharu Tea Valley, iGROW dan Refarm,”katanya ketika ditemui.

Ujar Nolee lagi, ini merupakan salah satu usaha Tourism Perak dalam memperkenalkan pakej-pakej baru yang berasaskan strategi bagi membantu khasnya pemilik-pemilik produk baharu yang berskala kecil dan sederhana.

Tambahnya lagi, dengan adanya pakej-pakej yang dipromosikan oleh Tourism Perak, beliau mengharapkan agar dapat mempertingkatkan kesedaran orang awam tentang kewujudan produk-produk agro pelancongan yang terdapat di negeri Perak.

4 (4)

“Apa yang penting ialah limpahan-limpahan ekonomi yang akan diterima oleh masyarakat setempat di kawasan-kawasan pelancongan tersebut.

“Pelancaran pakej baharu ini bukan sahaja dijalankan oleh kerajaan negeri bersama agensi-agensi, tetapi kita meletakkan mereka untuk mengetengahkan produk tempatan untuk menarik pelancong dalam dan luar negara,”ujarnya.

Kata beliau lagi, penganjuran MATTA Farie Perak pada kali ini menyaksikan 18 penggiat industri pelancongan akan turut serta di Booth Tourism Malaysia Perak di mana jumlah jualan yang disasarkan sebanyak RM200,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");