Jenayah

Mayat warga Jepun ditemui di Taman Desa

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Jepun ditemui mati? dalam keadaan terlentang di Kondominium Danau Murni, Taman Desa di sini, malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Zulkifli Ramli berkata, mangsa dikenali sebagai Tsutomu Wirata, 60, dan dikatakan sudah lama tinggal di rumah berkenaan.

“Anggota kami menerima panggilan pada 9.16 malam untuk membantu memotong kunci pada pagar rumah berkenaan.

“Kami mengambil masa seminit membuka kunci pintu menggunakan alat pemotong hidraulik dan hasil pemeriksaan polis menemui mangsa tidak berpakaian di bilik hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zulkifli berkata mangsa diserahkan kepada pasukan forensik polis untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");