Panasnya Hari Ini

Media Boleh Laksana Tugas Tetapi Perlu Patuhi Etika- Zahid

KUALA LUMPUR:Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Kerajaan sama sekali tidak menghalang media tempatan ataupun asing melaksanakan tugas bagaimanapun mereka perlu mematuhi etika kewartawanan dan juga undang-undang negara ini.

“Saya bagi pihak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak menghalang mana-mana wartawan dalam negara atau luar negara membuat liputan terhadap sebarang peristiwa ataupun mewawancara mana-mana tokoh.

“Tetapi, oleh kerana kerjaya kewartawanan mempunyai etika…pada hemat saya, etika-etika kewartawanan apatah lagi ia dilakukan warga asing, maka kita melihat ada suatu ketika di mana orang kenamaan utama (VVIP) harus diberikan langkah-langkah keselamatan,” katanya memetik sumber Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 2 warga Australia yang ditahan selepas merempuh kawalan keselamatan kerana cuba menemubual Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.

Tambahnya lagi, pihak keselamatan meletakkan keutamaan dalam menjaga keselamatan VVIP dan perkara itu tidak harus dilihat sebagai halangan kepada kebebasan media.

“Tindakan (jaga keselamatan) itu untuk menentukan tataetika kewartawanan diikuti…tataetika di Malaysia harus dijaga, diikuti dan soal keselamatan harus diberi keutamaan oleh pihak berkuasa, dan mana-mana wartawan harus hormati keputusan dari segi menjaga keselamatan.

“Saya fikir kalau wartawan Malaysia berada di luar negara, tentu kita harus mematuhi tataetika kewartawanan dan juga faktor-faktor keselamatan di negara-negara berkenaan,” katanya.

Zahid berkata penahanan 2 warga Australia itu tidak boleh dianggap sebagai halangan kepada wartawan asing untuk membuat liputan di negara ini.

“Saya fikir, mereka melakukan yang terbaik untuk media mereka. Tetapi pada masa yang sama, mereka harus menghormati aspek-aspek keselamatan yang dilaksanakan pihak berkuasa di negara ini,” katanya.

Zahid berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan selanjutnya keatas dua warga Australia tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");